Thursday, 7 July 2011

eh ! kawan . . .

Asalammualaikum . .


~ smpai saat ne ku masi dlm tanda tanya ? he3x . . knpa ada urg tak suka dgn kita sedangkan aku tak perna pun buat apa2x ma dia . . malah aku berharap jadi kawan pada dia . . kalau soal cemburu @ dengki . . opps ..... mmg tak logik & dia punya segalanya berbanding aku . . kebencian tak bawa kemana pun . . aku betul2x berharap jadi kawan & bertegur baik dgn awak seperti dulu . . kenali aku sebagai sahabat mu barulah nilai sikap aku . . aduh ! 


~ sebenarnya ku paling tak suka ne bermasam2x muka bila bertemu dgn ko . . senyumlah seandainya ko anggap aku ne manusia . . " 

Monday, 4 July 2011

Maklumat tentang Sugar Glider : 

  • Sugar Glider berbentuk macam tupai. Sugar glider akan membesar hingga sebesar tupai yang dewasa. Boleh hidup sekitar 10 tahun. Senang membiak. Setiap sugar glider ada perwatakannya sendiri. Jadi penjaga sugar glider pasti kenal setiap sugar glider yang dibelanya.
  • Sugar Glider biasanya dijual dengan harga RM200-250 seekor. Ada juga peniaga yang mengambil untung lebih dengan menjual hingga RM350-400 seekor. Pastikan korang buat survey harga, dan kaji dulu tentang sugar glider baru beli.
  • Sugar Glider jantan mempunyai dua lubang untuk berak dan kencing. Sugar glider betina ada satu lubang untuk berak dan kencing. Cuma sugar glider betina ada kantung di perut macam kangaroo. Kalau ada anak nanti, anak akan berada dalam kantung perut ibunya hingga bersedia untuk keluar.
  • Sugar glider ni sebenarnya bersifat Nocturnal bermaksud, tidur waktu siang dan berjaga waktu malam. Tapi jangan risau, sejak manusia mula bela diorang ni, sugar glider ni dah kadang-kadang ikut trend manusia dah...tidur waktu malam je.
  • Sugar glider ni jenis tak berbau berbanding dengan hamster, guinea pig. Sugar glider pandai membersihkan diri sendiri lepas dia berak dan kencing walaupun Sugar glider ni jenisnya berak dan kencing merata-rata. 
  • Sugar glider tak perlu dimandikan. Jangan mandikan sugar glider korang kalau korang tak nak dia cepat mati. Kalau dah busuk sangat sugar glider tu, ambil saja wet tissue dan lap badan sugar glider tu. Lepas tu jangan biarkan sugar glider tu sejuk. Nanti mati woo.
  • Sugar glider berkuku tajam. Bila bermain dengan sugar glider, pastikan kita pakai baju lengan panjang. Kalau rajin, potong kuku sugar glider anda jika tak mahu cedera semasa bermain dengan sugar glider tu.
  • Sugar glider boleh menjadi sangat manja dan kenal tuannya. Sama seperti kucing dan anjing, sugar glider ni sayang dengan tuannya. Kalau bukan tuannya yang memegang dia, dia akan menjerit-jerit. Jangan takut kalau sugar glider menjerit, beri masa bagi diorang untuk sesi ice-breaking.
  • Sugar glider suka berak kencing. Itu adalah sifat diorang ni sebab diorang akan menandakan kawasan dan habitat diorang untuk rasa lebih selamat. Berak sugar glider sama macam tahi cicak cuma besar sikit. Kecing sugar glider ni tak banyak, sekali keluar beberapa titis jer. Pastikan setiap kali nak bermain dengan sugar glider tu, letak dulu di atas cage dan beri masa untuk dia berak dan kencing. Lepas tu boleh bermain dengan riang.
  • Sugar glider tak boleh dibiarkan dalam sangkar semata-mata. Penjaga kena selalu bermain dengan dia, biar dia bersosial dan kenal kehidupan luar. Sugar glider boleh stress bila bila masa dia nak, dan kalau dia stress dia boleh cepat mati.
  • Sugar glider ialah omnivor. Makanan kegemaran dia ialah semua jenis buah, boleh juga diberi makan sayur, ayam rebus, telur rebus menjadi kegemaran. Minuman pula, boleh diberikan air kosong tapi lebih baik jika dicampurkan dengan madu yang boleh dibeli di supermarket, bukan madu asli.
> < erm . . bila aku baca artikel ne kat majalah 3 @ melihat sendiri sugar glider ne kat majalah 3 . . suka sgt ! macam nak dapatkan nya ! ! 


"be myself" ~ jadilah diri sendiri . .

Asalammualaikum . . peace . . :)

Bismillah . .
firman allah subhanahu ta'ala di dalam surah al-baqarah ayat 148 :
"dan bagi tiap-tiap umat ada qiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. maka berlumba-lumba kamu ?(dalam berbuat ) kebaikan . . ."


"dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan dia meninggikan sebahagiaan kamu atas sebahagian (yang lian) beberapa darjat . . (al an'am 165)


". . . sesungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) . . . (al-baqarah :60)

>> setiap manusia memiliki kelebihan, potensi dan bakat masing-masing. Dan, salah satu keagungan rasullah shallallahu alaihi wasallam adalah kemampuannya untuk menempatkan setiap sahabatnya sesuai dengan kemampuan, bakat, dan potensi mereka masing-masing. ali radhiyallahu 'anhu dalam bidang kehakiman, mu'adz radhiyallahu 'anhu dalam bidang ilmu pengetahuan, ubay radhiyallahu 'anhu dalam bidang al-qur'an, zaid radhiyallahu 'anhu dalam bidang faraidh. khalid bin walid radhiyallahu an'hu dalam bidang jihad, hassan radhiyallahu 'anhu dalam bidang sastera dan Qais bin Tsabit radhiyallahu'anhu dalam bidang khithabah.


"Meletakkan sesuatu yang basah di atas pedang
akan berbahaya,
sebagaimana bahayanya pedang diletakkan di atas 
sesuatu yang basah. "


menyatu serta hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah bunuh diri, manakala memakai baju keperibadian orang lain adalah sesuatu pembunuhan yang terancang.


di Antara salah satu tanda kebesaran Allah azza wa jalla adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia dan perwatakan yang mereka miliki serta perbezaan bahasa dan warna kulit mereka. abu bakar radhiyallahu 'anhu dengan kelembutan dan wataknya yang pengasih telah memberikan manfaat bagi umat dan agama. Umar radhiyallahu 'anhu dengan sikapnya yang keras dan tegasnya telah membangkitkan islam dan para pemeluknya.


dengan kata lain, menerima dengan penuh kerelaan setiap anugerah dan pemberian allah yang ada pada diri anda. oleh sebab itu, kembangkanlah,tumbuhkanlah dan dapatkan manfaat darinya.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . . . " (Al-baqarah :286)


taqlid buta dan terlalu mudah melebur diri ke dalam keperibadian orang lain merupakan penguburan hidup-hidup terhadap bakat yang Allah berikan , membunuh keinginan dan penghancuran sistematik terhadap syakhsiah penciptaan manusia itu sendiri.

Saturday, 2 July 2011

memori > imbak . .


inilah kenangan paling terindah dalam hidup aku . . masa ni aku dgn sahabat aku "nyta & chill" . . kami praktikal selama 6 bulan kat imbak canyon . .  banyak memori yang terindah dan pengalaman baru tinggal dalam suasana alam kehijauan ini . . hehe . . 
staff imbak yang baik2x belaka & ramah membuatkan aku selalu merindui mereka . . 
apa2x pun . . ku harap imbak canyon akan terus maju dalam industri pelancongan . . ^.^

Sebelum trekking . . pose jap ! hehe . .
"ne arah jambatan BBC"

kejayaan pertama . . panjat pokok ! he3x . .
kamey ~ nyta"chill"popot
 * kamey > 4ever
 * love imbak
* akhir kata . . semua tentang kami hanya di icca . . hehe . .

Hugs CuppyLuv: personality . .

Hugs CuppyLuv: personality . .: "i love myself + that all the matter ^.^ Asalammualaikum w,b.t ^.^ ermm, rasanya dah lama aku tak mengarang ne . . hehe . . mengikut pada ..."

personality . .

i love myself + that all the matter ^.^ 

Asalammualaikum w,b.t ^.^

ermm, rasanya dah lama aku tak mengarang ne . . hehe . . mengikut pada tajuk nya ne, aku harus tulis tentang personality aku . . ek ? hehe . . erm . . ku cerita tentang latar diri aku ar, tak banyak, skit je . . hehe . . nama penuh aku > siti marziana binti marjani, nama timanganku plak "popot" @ "ziana" . . dilahirkan pada 04 september 1989 . . kat hospital duchess of kent sandakan . . Tq my mum kerna telah melahirkan aku ke dunia ini . . hehe . . .

Seterusnya, ku lanjut kan lagi, erm . . aku menuntut ilmu masa sekolah rendah kat sk muhibbah sandakan dari darjah1 sampai la darjah6 . . upsr aku "2b3c" tak la pandai sangat . . hehe . . sekolah menengah plak kat smk muhibbah sandakan dari form1-form5 ..  pmr & spm "boleh tahan arh" >> sampai ar ku tamat pengajian diploma hospitality_tourism kat kolej ptpl 2007-2010 . . huhuhu . . penat dah belajar . . hehe . . tapi  
memberi 1001 makna dalam hidup & diri . . hehe . . alhamdulila ^.^

sekarang . . rezeki aku kat "astro" sebagai direct sales agent" . . erm . . sementara mencari ruang2x pekerja dalam bidang tourism . . aku try cari pengalaman dalam bidang marketing pula . . hehe . . so, far . . aku senang dengan kerja ne . . syukur . . murah rezeki kan . . hehe . . > dah mula membayar pinjaman ptptn ne . . he3x . . 

apa lagi ya . . fikir3x " . . he3x . .

erm . . status aku . . single ar . . lum ada ikatan perkhawinan lagi . . hehe . . lum sampai jodoh . . hehe . . masih berteman saja . . insyallah . . ada jodoh . . tak kemana pun . . tawakal pada ketentuan allah s.w.t . . ^.^ 

sepanjang hidup aku . . . aku terlalu dekat dengan my family & my lovely friends . . tanpa mereka tak bermakna hari2x aku . . coz ' mereka lah penghias halaman hati ku & hidupku . . sayang sangat3x . . terima kasih atas segala3x nya . . ku bersyukur ada kamu yang selalu di samping aku . . . muuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah ! hugs . . !

teman hidup ? love ? huhu . . i hope dia yang terakhir walaupun bukan yang pertama . . biarlah ia bermula dari ikatan persahabatan . . selagi dia sayang dan menghargai hubungan ini . . insyallah . . takkan ku beralih arah . . cewah ! hehe . . ^.^

dont be sad ? my inspirasi dalam hidup . . takkan ku bersedih selagi hatiku bersama allah s.w.t . . apa yang ku lalui pahit & manis ku terima dengan hati yang ikhlas . . hidup kena tabah & ceria . . hehe . . 

muhasabah diri selalu . . okey . . tu ja sedikit sebanyak tentang aku . . lau ada apa persoalan . . tanya terus kat aku . . okey . . hehe . .

my facebook > hugs cuppyluv'me (dea_love4425@yahoo.com) 
email ym > sisnata_junior@yahoo.com